Suara Jep Sepahtu

Sunday, May 18, 2014

al kisah Jep Sepahtu & Shahrol Shiro

assalamualaikum Jeppers ? lamanyaaaa tak menulis ... rindu pulak dengan abg Jep kita tue kan , lamanya tak dengan khabar abg Jep .. hehe ..  kepada anda yang suka membaca surat khabar tue pasti ada perasan kan mengenai perang dingin yang melibatkan abg Jep dan juga Shahrol Shiro , kalau diikutkan perang dingin antara mereka sudahpun reda tapi pada minggu yang lepas kisah perang dingin antara abg Jep dan Shahrol Shiro mula kembali hangat apabila kisah disebalik berlakunya perang dingin antara mereka mula didedahkan kepada umum .
Isu pergaduhan di antara Jep Sepahtu dan Shahrol Shiro sudah ‘sejuk’ tetapi baru sekarang punca­nya didedahkan. Itupun bukan dari mulut Jep dan Shahrol, tetapi daripada mereka yang tahu dan menyaksikan kejadian sebenar.
Sha difahamkan, apa yang diperjelaskan Jep betul dan Shahrol adalah puncanya. Ketika Shiro menyertai program Raja Lawak, Jep banyak memperturunkan ilmu kepada Shahrol dan Ajak.
Jep menyuntik idea kepada pasangan itu sehingga mereka berjaya menjuarai pertandingan. Namun tidak sangka ketika mereka sama-sama menyertai program Maharaja Lawak Mega musim ketiga, Shah­rol tergamak ‘makan’ guru.

Shahrol banyak meng­gunakan idea Jep di pentas pertandingan, walhal Jep sudah maklumkan dia akan bawa idea dan konsep itu dalam persembahannya.

Ketika sesi raptai, lain yang diketengahkan Shahrol tetapi dalam pertandi­ngan sebenar tiba-tiba dia menggunakan idea dan karakter yang Jep mahu persembahkan.Perkara ini berlaku beberapa kali sehingga Jep mati kutu apabila perlu cari idea baru pada saat akhir. Siapa tidak meng­gelabah bila kena tukar jalan cerita dan konsep persembahan, sedangkan giliran mengadakan persembahan makin hampir. Tidak hairan mengapa pertengahan program itu prestasi persembahan Sepahtu menurun.

Tahap kesabaran manusia ada batasnya, apabila perasaan marah tidak dapat dibendung lagi, berlaku perang mulut. Memang wajar Jep naik hantu apabila ideanya dicilok orang.

Ramai rakan pelawak lain tahu perkara itu tetapi memilih untuk tidak campur tangan. Biarpun ditikam dari belakang, Sepahtu tetap berjaya membawa pulang trofi juara.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/27 niat cik arni menulis entry ini bukanlah untuk memburukan nama abg Jep dan juga abg Shahrol , niat cik arni hanyalah untuk berkongsi cerita terkini yang melibatkan abg Jep sahaja , sebagai peminat cik arni hanya mampu berharap agar perang dingin antara abg Jep dan abg Shahrol tidak berlanjutan dan sejujurnya cik arni rindu untuk melihat mereka berdua kembali seperti dulu dan cik arni tahu anda juga pasti rindu kan untuk melihat abg Jep dan abg Shahrol akrab seperti dulu .

salam sayang Jeppers ,
Cik Arni Amiera .

No comments:

Post a Comment