Suara Jep Sepahtu

Tuesday, February 4, 2014

Dunia Kita Berbeza

assalamualaikum .. kepada para pembaca semua .. hehe .. ada ke pembaca blog saya ? kita teruskan jelah cerita .. itulah dia wajah kesayangan hamba .. ceeewahhh .. kesayangan semua orang :) saya rasa tak payah lah saya nak memperkenalkan nama pemilik wajah itu .. semua kenal kot .. kalau tak kenal pergi jelah search dekat google .. pasti berlambak yang keluar ..tak gitu ? nadzri .. indah nama, seindah tuannya .. cewah ! hehhe .. jujur saya cakap saya tak pernah minat dia pun ,, tapi itu dulu , sekarang lain pulak .. hah sudah! kenapa saya minat dia ? nilah saya nak cerita , semuanya bermula  .. hermm ,, dah macam nak berpuisi pulak .. heheh .. ada ke orang baca puisi macam tu ? pelik ! sinar di sini jelah .. cewah ! semuanya bermula disebabkan mimpi .. heheh , saya mimpi bertemu dengan dia , biarpun itu hanya mimpi tapi disebabkan mimpi itulah saya mula meminati dia .. dari minat pergi ke suka .. dari suka ke sayang .. dari sayang ke cinta .. pulak dah ! heheh .. cinta sebagai peminat sajalah tak lebih dari itu . Saya sedar dunia kami berbeza biarpun tinggal di satu negara tapi saya dan dia berbeza .. dia disanjung dan saya hanya biasa yang akan sentiasa menyokong dia dari belakang .. JEP SEPAHTU BOLEH ! .. kerana mimpilah yang membawa saya kepada dia dan kerana dialah yang membawa saya untuk mengenali semua pemimnat peminat dia .. biarpun berlatarkan identiti yang berbeza tetapi mereka (peminat) bersatu kerana jeppers .. saya bangga menjadi jeppers :) hermm .. kalau tidak kerana jep sepahtu , tidak mungkin blog saya ini wujud .. dia adalah sumber inspirasi saya bila berkarya .. dah serupa lagu pulak .. mengenali muhd nadzri zainal abidin aka jep sepahtu adalah perkara yang terindah dalam hidup saya , jujur saya katakan , saya tidak pernah minat dia sebelum ini ,, kalau minta pun hanya minat yang biasa biasa sahaja tetapi disebabkan mimpi itu saya mula meminati dia secara tegar .. obseskah saya ? jep sepahtu .. kerana dikau aku jadi gila bayang :) dipendekkan cerita , saya sudah mula meminati dia secara tegar dan hampir setia hari saya dengar dan tonton segala benda yang berkaitan dengan dia .. dialah penghibur saya dilkala kesedihan .. penghibur saya dikala sakit hati dan yang sama waktu dengannya .. senang cerita dialah segalanya .. cewah ! terus terang saya ,, saya teringin jugak nak bersua muka dengan jep sepahtu  secara live tapi apakan daya , saya jauh nun di sarawak , hermm .. susahlah sikit (bukan sikit tapi banyak ) nak bertemu dengan dia .. tapi apa apapun .. insyaalah , jika ada rezeki bertemu jua . tak gitu ? hehe .. rumusannya saya minat dia .. sayang dia sebagai seorang penghibur .. saya harap dia akan sentiasa menjadi penghibur yang terbaik untuk semua peminatnya ,, sesungguhnya jep sepahtu tiada galang dan gantinya .. xoxo .. biarpun dia tidak pernah muncul di dalam realiti cukuplah sekadar dalam mimpi .. salam sayang jeppers :)

No comments:

Post a Comment