Suara Jep Sepahtu

Wednesday, February 5, 2014

Coretan Di Petang Hari ~

assalamualaikum blogger bloggers sekalian  ?
di petang hari yang indah ini bertemankan sinetron , cik arni nie memang minat dengan cerita sinetron nie tapi adakalanya cik arni perasan ada sesetengah cerita indon nie tak masuk dek akal , kalau anda perasan lah ? hehe , baik diteruskan niat asal lah daripada cik arni semakin melalut dalam blog cik arni nie . okey , nak diteruskan cerita asal lah , sebenarnya pada masa nie tetiba jer cik arni rasa rindu pulak dengan cik abang manis cik arni yang sorang tue , hehe .. rasa tak sabar sebenarnya nak menonton Maharaja Lawak Mega 2013 . hermm , rasa lama pulak nak datangnya hari jumaat nie kan ? perasaan cik arni jer tue :) nak diceritakan mengenai Maharaja Lawak Mega 2013 nie , cik arni tahu mesti semua orang tahu kan yang MLM 2013 tue dah sampai ke final . so dengan itu maka tak adalah kita tengok lagi persembahan dari jep tue kan . hermm .. sedih sekejap -_- huhuhu ..
 tengok ! kan dah termenung cik abang kita tue , herm .. biarpun MLM 2013 sudah hampir menutup tirai tetapi cik arni akan tetap setia menyokong si jep nie :) sebelum cik arni sudahi tulisan cik arni nie , cik arni nak beri kata semangat sikitlah dekat cik abang manis kita tue .. hehe .. kepada MUHD NADZRI aka JEP SEPAHTU , sesungguhnya anda merupakan seorang anak seni yang berbakat besar dan kami yakin dengan kebolehan dan bakat yang ada pada anda , kami tahu anda boleh melakukan yang terbaik pada persembahan itu nanti! apa apapun ,, SEPAHTU BOLEH !! xoxo .. cik arni tetap doakan supaya sepahtu dapat membuat persembahan yang terbaik , sekaligus berjaya menjulang tahta juara MLM2013 (amin..) dan akan sentiasa menjadi penghibur kepada para peminat mereka :)

No comments:

Post a Comment