Suara Jep Sepahtu

Friday, March 21, 2014

Skool Of Lawak :)

Assalamualaikum Jeppers Jeppers sekalian ? bagi peminat Jep Sepahtu pastinya anda sudah tahu mengenai perkembangan abang Jep ! sekarang abang Jep mengalas tugas sebagai pengacara untuk rancangan realiti terbaru di astro warna .. hermmm , makin murah rezeki abang kite tue kan . alhamdulillah :)

untuk makluman anda semua , abang Jep akan menjadi pengacara bergandingan bersama Johan Jozan untuk mengacara rancangan realiti Skool Of Lawak , yang akan bersiaran pada setiap Jumaat , pukul 10 malam , kepada Jeppers Jeppers pastikan anda tidak terlepas dengan temu janji anda semua dengan abang Long kita tue yarr !
salam sayang Jeppers ,
arni amiera :)

Tuesday, March 18, 2014

Gosip ! Gosip ! dan Gosip !

Assalamualaikum Jeppers Jeppers sekalian ?
panas .. panas dan panas .. memang tidak dinafikan setiap entry entry cik arni minggu ini berkisarkan gosip gosip yang menimpa abang manis kita tue, memang sejujurnya cik arni sangat terkilan dengan wartawan wartawan malaysia , sebab apa ? hanya disebabkan nama abang Jepp yang semakin dikenali dan digilai orang ramai , pada saat itulah cerita cerita yang tidak enak dalam erti lainnya menyakitkan mata yang memandang mula bertebaran di dada dada akbar , isu overlah , isu sombonglah , isu perang dingin dan itu ini ..dan pastinya isu sebegini memberi tekanan yang amat dasyat kepada abang Jepp .. alahhhh matilah nakkk !
dan isu yang terkini lagi terbaru mengenai isu JEP TUNANG ORANG ?
Gosip Metro Ahad
alaaahaaaaiiiiii ... disebabkan gosip inilah instagram abang Jepp dikecam dan dihujanni dengan luahan luahan yang berunsurkan kecewa . alahhhh matilah nakk .. sejujurnya cik arni tergelak apabila membaca setiap
comment daripada peminat abang Jepp , dan sesungguhnya peminat abang Jepp memang tersangat luar biasa
kenyataan abang Jep melalui instagram
secara jujurnya , cik arni sangat terkejut dengan gosip ini , kerana selama cik arni mengenali abang jep , tidak pernah pula cik arni mendengar apa lagi melihat kekasih hati abang jepp , tupp tupp .. keluar pulak kisah abang jepp bertunang dan ini pastinya sangat pelik bagi cik arni .
kenyataan abang jepp yang kedua melalui instagram
Test 123 .. volume mic naik kan sikit .. test test .. ok just nk bgtau pasal artikel "jep tunang orang" tu tak benar.. hanya gosip semata .. jadi yg msg n call tanya saya direct, itu lah jwpn nya .. (tak naklah jadi tanggang "bertunang pun mak ayah tak tau) .. sekiannn.. off mic pliss... lampu padam .

Haaaaaaaaaa ... melalui kenyataan yang dikeluarkan abang jepp di instagram nie lah cik arni dapat rasa pasti ramai peminat peminat abang jep yang kecewa tahap gaban tue bersemangat kembali .. hihi .. apa apapun , nasihat cik arni pada para peminat abang Jep dan juga diri cik arni , kita hanyalah peminat dan sebagai peminat kita seharusnya sentiasa menyokong abang Jepp , tidak kiralah mengenai apa pun status nya nanti dan kita seharusya memberi ruang dan peluang kepada abang Jep untuk bernafas dalam urusan pribadinya sendiri, dan jika bukan hari ini sekalipun ,esok lusa abang Jep pasti juga mahu memiliki keluarga sendiri . kita sebagai peminat haruslah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk abang Jep , bukannya menhentam !

Sebelum mengundur diri , cik arni berharap agar semua JEPPERs JEPPERs di luar sana tidak berhenti menyokong abang Jep walau apapun terjadi .

salam sayang JEPPERs ,
cik arni amiera :)

al kisah Jepp Sepahtu & Shahrol Shiro

Assalamualaikum Jeppers Jeppers sekalian? bertemu lagi kita naaaaa .. sudah pastinya berbagai bagai persoalan yang bermain diminda pada masa ini ! haaaa .. semputttt .... cerita mengenai perang dingin antara Jepp sepahtu dan Shahrol Shiro menjadi antara gosip yang terhangat pada kalangan peminat peminat Sepahtu dan Shiro , dan disebabkan isu inilah terjadinya perdebatan antara peminat Jepp dan Shahrol . sejujurnya , cik arni rasa sangat sangat sedih dengan isu sebegini terjadi antara abang jepp dan shahrol kerana semua Jeppers sudah sedia maklum dengan kerakraban antara abang jepp dan shahrol , dan tidak dinafikan shahrol mempunyai banyak persamaan dengan abang jepp . tetapi cik arni tak dapat nak cakap banyak dalam isu ini , yang pastinya hanya Jepp dan Shahrol sahaja mengetahui apa yang terjadi . biar apa apapun yang terjadi , cik arni tetap akan sentiasa menyokong abang Jepp. Insyaallah ..
kenyataan pertama dari shahrol
kenyataan shahrol yang kedua
pastinya sebagai peminat cik arni dapat rasakan sedikit sebanyak tekanan daripada isu ini , siapa salah dan siapa betul , pastinya hanya allah yang mengetahui , tapi apa apa pun cik arni tidak mahu menyalahkan sesiapa di antara mereka dan biarlah para peminat sendiri yang menilai dari setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh abang Jepp dan Shahrol .
kenyataan daripada Jepp
sebelum cik arni mengundur diri , pastinya para peminat sekarang sudah bijak untuk menilai yang mana betul dan salah , apa apapun , kepada Jeppers Jeppers sekalian , teruskanlah menyokong Jepp sepahtu , kerana cik arni tahu pastinya abang Jepp sangat memerlukan sokongan daripada anda semua .. JEPPERs is JEPPERs :)

salam sayang JEPPERs ,
cik arni amiera .

Anugerah Meletop Era : Jepp Sepahtu Memang Meletop !

Assalamualaikum Jeppers Jeppers sekalian ? entry kali nie , cik arni bercerita tentang kemenangan berganda yang diperolehi oleh abang manis kita tue .. hehe .. dan pastinya cik arni yakin semua Jeppers Jeppers sekalian tahu mengenai kemenangan berganda yang cik arni maksudkan ..tak gitu ? yerrr ! pastinya semua sedia maklum mengenai kemenangan Sepahtu di Maharaja Lawak Mega 2013 , dan memang tak dinafikan malam tue Sepahtu memang selayak layaknya menjadi juara ! Tahniah , Tahniah dan Tahniah kepada abang Jep , abang Shuib dan abang Rahim .. dan tidak dilupakan Tahniah kepada para peminat Sepahtu yang tidak henti henti menyokong Sepahtu , sesungguhnya kejuaraan Sepahtu adalah kepuasaan bagi Sepahturios ! dan kepada Sepahtu teruskanlah menjadi penghibur kepada kami .
okay berbalik kepada topik asal kite , pastinya peminat abang Jep sudah sedia maklum dengan kemenangan abang Jep di Anugerah Meletop Era .. dan memang tidak dinafikan saingan pada malam tue agak segit , tapi sudah rezeki abang Jep pada malam tue , akhirnya abang Jep berjaya merangkul Anugerah Bintang TV Meletop sekaligus mengetepikan nama nama besar dan tidak dinafikan pada masa abang Jep diumumkan sebagai pemenang , cik arnilah orang yang paling happy. memang perasaan cik arni pada masa tue tersangatlah happy sampaikan masa nama abang jep diumumkan , jantung cik arni rasa bagai nak tercabut . tak gila ke nama nye tue ? hihi :) memang masa tue badan cik arni mengigil , rasa seperti nama cik arni pulak yang diumumkan .. hihi .. tapi yang paling havoc nyer pastinya para peminat sepahtu dapat melihat gandingan mereka di atas pentas pada masa tue mereka menjadi penyampai anugerah bergandingan dengan faizul af2013 , dan tidak dinafikan abang Jep tersangatlah kacak ! melting giler lah ..
sepahtu memang meletop top top
memang havoclah sepahtu dan pastinya kini abang Jep menjadi kegilaan pada gadis gadis diluar sana , sekaligus mengetepikan zizan ,, hehe ,, jangan marah naaa ... 
dia main kenyit mata pulak .. haaaa semputtt ...
haaa .. memang cairlah cik arni karang dok asyik nenggok si abang Jep nie .. hihi .. sebelum cik arni mengudur diri , cik arni nak ucap tahniah sekali lagi lah kepada Sepahtu dan yang paling terutamanya abang Jep .. dan tidak dilupakan Tahniah juga kepada Sepahturios dan Jeppers . Tahniiah ! Tahniah ! dan Tahniah !

salam sayang Jeppers,
cik arni amiera 

Monday, March 17, 2014

SEPAHTU JUARA MLM 2013


assalamualaikum .. hello hello hello .. bersua lagi kita yeaa .. alahai mati lah nak !
hermmm , lamanya tak meupdate blog nie dan pastinya macam macam dah jadi dalam tempoh masa yang agak panjang ni, maklumlah baru sekarang dapat masa nak update blog nie ,  tapi yang pastinya cik arni rasa semua orang dah tahu kot sapa yang jadi juara MLM 2013 .. fuhhh ! biarpun kisah tue dah lama tapi cik arni tetap jugak nak ucapkan setinggi tinggi tahniah pada SEPAHTU !! malam tue mereka tersangat lah havoc sampai bergelar juara . Memang masa mereka diumumkan mereka menjadi juara , cik arnilah orang yang paling gembira tahap tak tahulah nak cakap apa .  memang perasaan masa tue tersangatlah suka , biarpun saingan pada malam tue agak segit tapi cik arni puji sangat lah dengan persembahan yang ditampilkan oleh SEPAHTU , memang pecah perutlah ! apa apapun cik arni sangat respek gilalah dkat peminat peminat SEPAHTU yang sangat luar biasa pada malam tue ! HAVOC .. tanpa peminat siapalah mereka :) tak gitu ?
haaa .. mereka memang layak menjadi juara ! biarpun ada suara suara yang tidak berpuas hati dengan kemenanga sepahtu pada malam tue , tapi siapalah kita untuk mengubah takdir .. tak gitu ? dan cik arni yakin memang sudah rezeki sepahtu pada malam tue , so terima jelah hakikat wahai haters haters di luar sana , tapi apa apapun .. cik arni tetap juga nak ucapkan tahniah kepada semua peserta pada malam tue , mereka semua memang terbaik !!! TAHNIAH SEPAHTU :)

salam sayang ,
JEPPERs