Suara Jep Sepahtu

Monday, May 26, 2014

Tahniah Jep Sepahtu

assalamualaikum Jeppers ! entri untuk kali nie meriah sikit lah erkk ... silap! bukan sikit tapi banyak ... kita monang yeay !!! kita monang yeay !!! apa yang monang nyerrr ? alahhhhh ... pembohong lah kalau anda tak tahu .. hehe ... siapa ada tengok abpbh 2013 ? mesti anda tengok kan ? betul tak ! dan yang terutamanya untuk peminat abg Jep Sepahtu .. pasti korang semua syok giler kan malam tue .. mahunya tak ! hero luar biasa kita menang tue .... dan ini membuktikan yang abg Jep Sepahtu semakin popular dan meletop letop sekarang ... hehe .. lepas nie comform banyak jobs !!

Tahniah ... Tahniah dan Tahniah abg Jep .... sesungguhnya anda memang layak merangkul anugerah ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR pada malam tue .. dan ini sebagai tanda bertapa kami Jeppers dan Sepahturious sangat sangat menghargai anda .. 
memang mengigil giler kot cik arni pada masa mereka nak umumkan anugerah tue dan dup dap dup dap akhirnya debaran yang sangat memuncak akhirnya berakhir dengan kepuasaan ... kegembiraan ... dan kesyukuran . Cik arni yakin ramai peminat abg Jep Sepahtu dekar luar sana sangat sangat berpuas hati kan ?
Tahniah sekali lagi cik arni ucapkan kepada abg Jep Sepahtu dan yang paling terutama sekali tentunya ... tahniah .. tahniah dan tahniah kepada semua Jeppers dan Sepahturious yang telah banyak mengundi sehingga mampu menjulang nama abg Jep Sepahtu sebagai Artis Komedi Lelaki Popular !!! memang tabik hormat lah dekat korang semua !!! korang semua memang LUAR BIASA !! sayang korang .... dan kepada abg Jep .. teruskanlah menjadi seorang penghibur kepada kami semua dan terus menjadi hero yang luar biasa buat kami ... Jeppers 
kami untuk anda .. anda untuk kami ...  Jep Sepahtu :)

salam sayang Jeppers ,
Cik Arni Amiera .

Monday, May 19, 2014

Jep Sepahtu sana sini ..

Assalamualaikum anda semua ... entri yang sebelum sebelum nie ... kebanyakkan nya berkisah mengenai aktiviti abg Jep sekarang dan kalau kita lihat sekarang abg Jep semakin busy ... sampai tak de masa nak update dia punya instagram kan .... alahaiii ... untuk entri kali nie , cik arni cuma ingin mengigatkan kepada anda semua mengenai aktiviti aktiviti yang melibatkan abg Jep kita pada bulan ini ...

1 : Malam Kemuncak ABPBH
so korang semua jangan lupa set tarikh dan time korang yerr .. malam kemuncak abpbh nie akan diadakan pada 24 Mei 2014 , berlangsung di PICC Putrajaya dan akan bersiaran langsung di TV3 pada pukul 09:00  malam , kepada yang tak dapat pergi tue jangan lupa untuk nengok abg Jep kita di TV3 lah yerrr !! 

2 : Karoot Komedia x
untuk makluman anda sesi rakaman untuk Karoot Komedia x siri 3 telah pun berakhir dan akan mula disiarkan di astro warna pada bulan mei ini ,, jadi kepada yang tak dapat nak tengok semasa sesi  rakaman tempoh hari tue .. anda bolehlah tengok dekat tv pada masa terdekat yang akan datang nie lah yerr !! can't wait !!

3 : Sambutan Hari Lahir Jep Sepahtu Meriah 
Cik arni rasa anda semua pun tahu kan mengenai birthday bash party yang diadakan oleh sepahturios nie kan .. memang gempaklah biarpun hanya berlatarkan di tempat letak kereta tetapi sememangnya kemeriahan sambutan Hari Lahir abg Jep dapat dirasai .. dan sambutan hari lahir abg Jep dibuat selepas sahaja tamat sesi rakaman karoot komedia x . 

4 : Perang Dingin Jep Sepahtu & Shahrol Shiro
seperti semua yang sedia maklum punca kemelut perang dingin antara abg Jep dan Shahrol Shiro mula didedahkan kepada umum baru baru ini melalui surat khabar Metro , selepas sahaja isu ini mulai sejuk tetapi isu itu mulai kembali hangat apabila punca sebenar perang dingin antara mereka mula didedahkan kepada umum .. kepada yang ingin mengetahui kisah itu dengan lebih lanjut ada boleh klik disini ... cik arni harap agar abg Jep dan abg Shahrol dapat kembali akrab seperti dulu .. saya sayang mereka berdua ..

5 : Jep Sepahtu : Macam ada Komplot !
seperti yang anda tahu sekarang nama abg Jep semakin banyak ' tercemar ' dengan gosip dan juga kontroversi kontroversi yang mungkin ada kalanya tidak masuk dek akal contohnya mengenai dakwaan sebuah portal hiburan baru baru ini yang mendakwa abg Jep Sepahtu maki peminat dan kontroversi tersebut sangat sangat mencemar nama baik abg Jep sebagai seorang pelawak yang sangat cukup dikenali sebagai seorang yang sangat menghormati peminat peminat nya .. dan abg Jep sepahtu sendiri telah menyuarakan luahan hatinya mengenai gosip gosip yang menimpanya sejak kebelakangan ini .. anda boleh klik disini untuk mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut ... diharap semoga abg Jep tabah menghadapi segala ujian daripada allah .. kami sayang anda !

okay ... sampai disini sajalah tulisan cik arni untuk entri kali nie , seandainya cik arni tersilap harap dapat diperbetulkan dan niat cik arni hanyalah untuk berkongsi maklumat cik arni yang tak seberapa ini ... dan sungguh niat cik arni bukanlah untuk mengaibkan dan memburukkan nama sesiapa ..

salam sayang Jeppers ,
Cik arni amiera .

Kemuncak ABPBH !

assalamualaikum Jeppers ... dan hello hello anda semua ...
seperti yang ada semua tahu tarikh untuk malam kemuncak anugerah bintang paling popular berita harian telahpun ditetapkan selepas ditunda bagi menghormati tregedi MH370 , dan pastinya malam kemuncak abpbh akan diadakan pada 24 mei ini dan akan berlangsung di PICC Putrajaya dan masih lagi mengekalkan tema Magis Alam .. agak agaknya abg Jep nak pakai baju apa erk ?
kepada Jeppers Jeppers semua ... jangan lupa untuk terus mengundi dan berdoa semoga kemenangan berpihak kepada abg Jep ... amin .. dan sememangnya abg Jep sangat layak untuk merangkul anugerah komedi lelaki popular !! kepada Jeppers Jeppers semua teruskanlah usaha anda dan kemenangan yang akan diperolehi oleh abg Jep kelak adalah sebagai tanda bertapa kita menghargai kerja keras abg Jep selama ini dalam memberikan hiburan kepada kita semua , tetapi andai kata memang bukan rezeki abg Jep pada malam itu , diharapkan abg Jep dan Jeppers Jeppers semua jangan terlalu kecewa kerana abg Jep sudahpun menjadi juara di dalam hati kita semua ... Jeppers ... Sepahturios ..

salam sayang Jeppers ,
Cik Arni Amiera .

Sunday, May 18, 2014

Birthday Bash Jep Sepahtu !!!

assalamualaikum Jeppers semua ... hai !! seperti yang anda semua tahu hari lahir abg Jep sudahpun lama berlalu tetapi kehangatan sambutan hari lahir abg Jep masih lagi terasa ,, dan mungkin ada antara anda semua yang mampunyai akaun instagram pasti anda semua sudah tahu apa yang telah terjadi pada minggu yang lalu ... biarpun tarikh hari lahir abg Jep sudah lama berlalu tetapi itu semua bukanlah menjadi penghalang buat Sepahturios untuk membuat kejutan kepada abg Jep .. dan akhirnya ..... kejutan sambutan hari lahir abg Jep menjadi dan sangat gempak !!! sambutan hari lahir abg Jep disambut selepas sahaja tamat rakaman Karoot Komedia x pada 9 mei yang lepas ....




apa macam ?? gempak kan .... okayy ! disini cik arni ingin meluahkan perasaan cik arni yang tersangat sangat cemburu dengan mereka semua .. hehe ... tak pelah mungkin belum rezeki cik arni lagi untuk bertemu dengan abg Jep .. insyaallah suatu hari kelak mungkin akan tiba rezeki cik arni pulak lah yerr .. amin ... 
tapi memang tidak dinafikan peminat abg Jep memang sangat sangat luar biasa dan memang abg Jep sangat bertuah untuk memiliki peminat yang luar biasa seperti mereka semua ,, dan mengikut pengetahuan cik arni , bukan sahaja peminat peminat dari Malaysia malahan sambutan hari lahir abg Jep juga turut disertai oleh peminat peminat abg Jep yang datang daripada Singapura .. memang hebat semua peminat peminat abg Jep kan ? dan kepada anda yang mungkin tidak puas untuk melihat gambar gambar di atas .. cik arni sarankan kepada anda bukak jer instagram anda dan cari jer kak long lady zyla ... di situ anda akan tengok banyak lagi gambar dan video video menarik sempena sambutan hari lahir abg Jep ....
Untuk makluman anda semua , sambutan hari lahir abg Jep terlebih dahulu disambut pada 9 april yang lepas ,, dimana pada waktu itu telah berlangsung perlawanan bola di antara Super Lawak FC menentang The Band ...
pasti anda kenal kan siapa itu ? mustahil lah anda tak kenal .... hehe ... sebagai Jeppers ,, anda semua pasti kenal kan dengan orang yang bernama kak Zura ... memang tidak dinafikan kak Zu memang sangat dikenali dalam kalangan peminat abg Jep Sepahtu ,, mana tidaknya kalau anda ingin mengenali abg Jep dengan lebih dalam lagi ,, anda bukak jelah blog akak Zu ... memang blog milik akak Zu sangat sangat  ' terbaik ' untuk anda yang mungkin baru dalam dunia Jeppers ... dan akak Zu memang seorang yang sangat luar biasa .. respek !!

sampai disini sajalah tulisan cik arni untuk kali ini lah yerr ... kepada peminat abg Jep , anda memang sangat luar biasa ....

* peminat abg Jep Sepahtu memang sangat sangat luar biasa ... sampai keluar dalam surat khabar Metro dan Media Hiburan Online ... memang tabik hormat lah dekat akak zura dan juga kak Long serta team Jeppers dan Sepahturios yang lain !!

salam sayang Jeppers ,
Cik Arni Amiera .

Jep Sepahtu : Macam Ada Komplot

assalamualaikum Jeppers semua ... mungkin anda perasan entry yang sebelum nie cik arni ada berkongsi kepada anda mengenai al kisah perang dingin antara abg Jep dan Shahrol Shiro , untuk entry yang ini pulak cik arni akan berkongsi kepada anda semua mengenai luahan abg Jep Sepahtu yang memberi maklum balas mengenai semua gosip dan kontroversi yang telah mengaibkan dan memburukkan nama abg Jep ...

Jep Sepahtu: Macam ada komplot

Sebaik nama pelawak Jep Sepahtu, 28, berada di puncak selepas menang ba-nyak anugerah, dia mula dihujani pelbagai kontroversi.
Bermula dengan perselisihan faham dan perang dinginnya dengan anggota kumpulan lawak Shiro, Shahrul, kemudian dikatakan bertunang secara senyap-senyap. Terbaru, pelawak asal dari Kampung Melayu, Jalan Sultanah, Kulai, Johor itu dikatakan memaki peminat.
Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mengaku tertekan dengan segala cerita ditimbulkan. Katanya, cerita berterusan seperti itu ibarat jadual yang ditetapkan dan seolah-olah ada komplot untuk memburuk-burukkan namanya. 

“Bayangkan apabila sesuatu isu mengenai saya mula reda, selang dua minggu kemudian timbul pula cerita lain. Dalam hati saya turut bertanya apa motifnya perkara ini ditimbulkan.
“Saya boleh faham jika ia sekadar gosip. Cuma yang membimbangkan saya apabila cerita disebarkan itu menjadi fitnah apabila dakwaan dibuat tidak disertakan dengan asas atau bukti kuku. Bagi saya, ia tidak adil.

“Saya faham situasi sekarang di mana kecanggihan teknologi membolehkan sesiapa saja menulis mengenai apa saja, tetapi mana mungkin ia disiarkan hanya berdasarkan e-mel diterima tanpa bertanya akan kesahihannya.

“Apabila situasi seperti ini berlaku, kita tidak tahu siapa yang mempertahankan dan tidak suka dengan kita. Cerita dihebahkan pula hanya bergantung kepada e-mel yang berkemungkinan besar dihantar kepada pihak media dengan tujuan tidak baik. 

“Pada saya, perkara seperti ini tidak adil untuk artis seperti saya. Kalau dengan berbekalkan e-mel tanpa bukti kukuh dan disoal selidik boleh disiarkan, bagaimana artis seperti saya mahu cari makan,” katanya.

Kata Jep, dia kecewa dan tertekan apabila cerita buruk mengenainya berterusan, sedangkan dia jarang bercampur dengan orang dan sebaik mungkin menjaga silaturahim antara rakan dan peminat.

“Itu yang membuatkan saya rasa pelik. Ia (gosip dan kontroversi) timbul seperti satu rancangan atau konspirasi hendak menjatuhkan nama saya.

“Bayangkan, saya boleh mengagak hari ini tiada apa-apa cerita buruk mengenai saya tetapi selepas dua minggu, ada perkara baru. 

“Perkara itu seperti dijangka dan benar ia keluar. Fitrah manusia kita memang tidak boleh memuaskan hati semua orang, tetapi apa yang berlaku kepada saya adalah melampau,” katanya.

Bagi Jep, apa yang berlaku kepadanya membuatkan dia risau apabila ada pihak bertanya, apatah lagi ada penjelasan diberi tidak sama dengan kenyataan balas diberi. Disebabkan perkara itu, dia lebih selesa berdiam diri.

“Saya akui sebagai artis, cerita gosip seperti itu adalah asam garam. Saya kena faham dunia selebriti memang lumrahnya begitu, tetapi biarlah ia berpada-pada. Ini sampaikan mereka bercerita seperti lebih tahu daripada tuan empunya diri.

“Contoh paling baik, cerita saya bertunang. Perkara itu tidak benar dan tidak berlaku. Kadangkala tertanya dalam hati, apa yang mereka mahukan sebenarnya.

“Niat saya berlawak untuk menghiburkan orang. Hendak buat orang ketawa bukan senang dan saya kena fokus. Bagaimanapun, apabila cerita tidak benar mengenai saya ditimbulkan, tentu ia mengganggu tumpuan. 

“Kalau keadaan ini berterusan, saya berasakan biar tiada berita dan saya berada di bawah kembali jika ia membuat orang lain bahagia.

“Kalau berada di bawah, tiada orang hendak bercerita negatif mengenai saya. Saya berada dalam industri sekadar mahu mencari rezeki dan fokus saya pada kerja,” katanya. 

Kata Jep, dia sebaik mungkin tidak mahu bersangka buruk tetapi jika benar ada yang mahu menjatuhkannya, pesannya tidak perlu mereka melakukan kerja Tuhan dan urusan sudah ditetapkan.

“Jangan campur apa yang ditetapkan Allah. Hidup seperti pusingan roda, jika sampai masanya saya jatuh, masanya akan sampai juga.

“Tidak perlu mereka bersusah payah membuat perancangan seperti itu,” katanya yang mula dikenali bersama kumpulan Sepah.

Dalam berdepan situasi kurang menyenangkan itu, tegas Jep, ada ketikanya ia membuatkan semangatnya seakan-akan hilang untuk terus berkarya. Namun Jep berfikiran positif dan menyifatkan apa yang berlaku adalah ujian Allah.

Katanya, andai 10 orang terkesan dengan cerita disebarkan sehingga ada yang membenci, dia yakin akan bertambah 100 lagi orang yang suka dengan apa dilakukannya.

“Kekuatan saya untuk terus berjuang dalam bidang seni ini datang dari peminat yang mempercayai diri saya. Malah, rakan artis lebih senior seperti Datuk AC Mizal, Adlin Aman Ramlie dan Ebby Yus selalu menasihati saya.

“Ikatan kekeluargaan antara kami menjadi pengikat dan penguat semangat saya. Bayangkan kadangkala mereka lebih emosi apabila cerita buruk mengenai saya disiarkan berbanding saya sendiri.

“Sampai ada ketika saya yang perlu menenangkan mereka. Saya bersyukur kerana mereka sangat sayangkan saya,” katanya.

Selain mereka, Jep mendapat kekuatan daripada bapanya yang selalu menasihati dan mengatakan orang yang hebat macam mana pun pasti akan dikritik waima seorang perdana menteri.

“Pada saya, kalau kritikan membabitkan kerja tidak mengapa, ini tidak. Apa yang disiarkan itu merapu dan mengarut. Kalau hendak menegur, biar kena caranya. Ini tidak, ia seakan-akan mengaibkan saya dan keluarga. 

“Bayangkan apabila saya dituduh memaki hamun peminat. Cerita itu bukan saja memburukkan saya, tetapi juga ibu bapa saya. Tentu orang akan bercakap ‘mak bapa saya tidak pernah mengajar saya beradab sehingga saya sanggup memaki orang lain bodoh’.

“Orang yang pernah bekerja dengan saya tentu faham bagaimana saya menghormati orang. Ayah saya didik saya, sebelum kita mahu orang hormat pada kita, biar kita hormat orang atau kerjanya terlebih dulu. 

“Saya tidak minta orang hormat saya, tapi biar saya hormat orang. Apatah lagi peminat yang selama ini banyak menyokong saya. Mereka tiang kekuatan saya untuk terus berkarya selama ini. 

“Saya belum ‘gila’ lagi hendak memaki peminat yang memberi sokongan dengan perkataan bodoh. Mereka yang menulis perkara sedemikian boleh tanya orang Astro yang ada di tempat kejadian. 

“Siapa paling lambat keluar padang selepas perlawanan bola sepak persahabatan yang diadakan tempoh hari jika tidak saya. Kenapa saya lambat? Sudah tentu saya bersama peminat saya. 

“Atas segala kebaikan diberi peminat kepada saya, apalah sangat saya menghormati mereka dengan bergambar dan bersalaman.

“Saya sangat menghargai orang, apatah lagi jika mereka berjasa kepada kita seperti peminat dan penyokong saya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04 memang tidak dinafikan semenjak kumpulan Sepahtu menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2013 , abg Jep Sepahtu semakin popular dan semakin mendapat perhatian daripada pihak media .. seiring dengan itu , nama abg Jep mula semakin banyak terlibat dengan gosip dan kontroversi ... dan perkara tersebut sedikit sebanyak memburukkan nama abg Jep yang umumnya mengetahui nama abg Jep sebelum ini sentiasa ' bersih ' daripada gosip gosip yang tidak berasas .... salam sayang Jeppers,Cik Arni Amiera .

al kisah Jep Sepahtu & Shahrol Shiro

assalamualaikum Jeppers ? lamanyaaaa tak menulis ... rindu pulak dengan abg Jep kita tue kan , lamanya tak dengan khabar abg Jep .. hehe ..  kepada anda yang suka membaca surat khabar tue pasti ada perasan kan mengenai perang dingin yang melibatkan abg Jep dan juga Shahrol Shiro , kalau diikutkan perang dingin antara mereka sudahpun reda tapi pada minggu yang lepas kisah perang dingin antara abg Jep dan Shahrol Shiro mula kembali hangat apabila kisah disebalik berlakunya perang dingin antara mereka mula didedahkan kepada umum .
Isu pergaduhan di antara Jep Sepahtu dan Shahrol Shiro sudah ‘sejuk’ tetapi baru sekarang punca­nya didedahkan. Itupun bukan dari mulut Jep dan Shahrol, tetapi daripada mereka yang tahu dan menyaksikan kejadian sebenar.
Sha difahamkan, apa yang diperjelaskan Jep betul dan Shahrol adalah puncanya. Ketika Shiro menyertai program Raja Lawak, Jep banyak memperturunkan ilmu kepada Shahrol dan Ajak.
Jep menyuntik idea kepada pasangan itu sehingga mereka berjaya menjuarai pertandingan. Namun tidak sangka ketika mereka sama-sama menyertai program Maharaja Lawak Mega musim ketiga, Shah­rol tergamak ‘makan’ guru.

Shahrol banyak meng­gunakan idea Jep di pentas pertandingan, walhal Jep sudah maklumkan dia akan bawa idea dan konsep itu dalam persembahannya.

Ketika sesi raptai, lain yang diketengahkan Shahrol tetapi dalam pertandi­ngan sebenar tiba-tiba dia menggunakan idea dan karakter yang Jep mahu persembahkan.Perkara ini berlaku beberapa kali sehingga Jep mati kutu apabila perlu cari idea baru pada saat akhir. Siapa tidak meng­gelabah bila kena tukar jalan cerita dan konsep persembahan, sedangkan giliran mengadakan persembahan makin hampir. Tidak hairan mengapa pertengahan program itu prestasi persembahan Sepahtu menurun.

Tahap kesabaran manusia ada batasnya, apabila perasaan marah tidak dapat dibendung lagi, berlaku perang mulut. Memang wajar Jep naik hantu apabila ideanya dicilok orang.

Ramai rakan pelawak lain tahu perkara itu tetapi memilih untuk tidak campur tangan. Biarpun ditikam dari belakang, Sepahtu tetap berjaya membawa pulang trofi juara.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/27 niat cik arni menulis entry ini bukanlah untuk memburukan nama abg Jep dan juga abg Shahrol , niat cik arni hanyalah untuk berkongsi cerita terkini yang melibatkan abg Jep sahaja , sebagai peminat cik arni hanya mampu berharap agar perang dingin antara abg Jep dan abg Shahrol tidak berlanjutan dan sejujurnya cik arni rindu untuk melihat mereka berdua kembali seperti dulu dan cik arni tahu anda juga pasti rindu kan untuk melihat abg Jep dan abg Shahrol akrab seperti dulu .

salam sayang Jeppers ,
Cik Arni Amiera .

Monday, May 12, 2014

Tujuan Blog

assalamualaikum Jeppers Jeppers semua ? korang semua sihat ? cik arni harap anda semua sihat sihat belaka lah yerr ... untuk entry cik arni kali nie , cik arni ingin meluahkan sedikit perasaan cik arni .. sobbss .. sobsss .. mood sedih ! hehe .. ceewahhh .. tak yah nak melalut sangatlah cik arni yerr ,,, berbalik kepada topik sebenar , untuk entry nie , cik arni terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada pembaca pembaca blog cik arni yang mana ada terasa hati atau tersakit hati dengan hasil nurkilan nurkilan cik arni yang sebelum sebelum ini , cik arni juga ingin memohon maaf sekali lagi andai entry cik arni yang sebelum ini ada yang tersalah maklumat atau ada yang bercangah dengan pengetahuan anda ... okay ,, berbalik kepada tujuan sebenar , disini cik arni ingin menjelaskan dan menerangkan segala kemusyikilan anda anda yang mungkin agak ' pening arrr ' dengan blog cik arni nie ... tujuan sebenar blog cik arni adalah hanya untuk suka suka .. dalam erti kata lain nya adalah sebagai medan untuk cik arni meluahkan segala isi hati cik arni sebagai peminat abg Jep Sepahtu dan sebagai seorang Jeppers .. dan yang paling utama sekali tujuan blog ini bukanlah untuk bersaing atau menjadi pesaing kepada blogger blogger yang lain dan seperti yang anda sedia maklum blog JEP SEPAHTU & AKU ini dibuat hanyalah untuk menyampaikan maklumat serta berita terkini abg Jep Sepahtu dan tempat untuk cik arni berkongsi kepada anda mengenai apa apa sahaja perkara yang melibatkan abg Jep .
Kehadiran blog cik arni ini hanyalah untuk mengisi masa lapang cik arni sahaja dan sungguh tiada niat lain disebalik kehadiran blog ini , dan terciptanya blog ini juga sebagai tanda sokongan cik arni kepada abg Jep Sepahtu dan juga kumpulan Sepahtu .  kepada anda anda yang mungkin tidak berpuas hati dengan kehadiran blog ini , disini cik arni ingin memohon maaf dan cik arni harap kehadiran blog ini mampu sedikit sebanyak memberikan info info terkini mengenai abg Jep Sepahtu dan sekiranya cik arni tersilap mengenai maklumat maklumat yang cik arni sampaikan di dalam entry blog ini diharapakan anda menegur dan memperbetulkan kesilapan cik arni lah yerr .... baiklah cukup sampai disini sajalah luahan hati dan penerangan cik arni mengenai tujuan sebenar blog JEP SEPAHTU & AKU .... cik arni harap korang janganlah mempertikaikan tujuan blog cik arni lah yerrr .... apa yang cik arni lakukan dan mahu adalah hanya ingin berkongsi perasaan minat cik arni sahaja dan apa yang dilakukan cik arni hanyalah ingin menjadikan blog ini sebagai medan untuk meluahkan perasaan minat cik arni kepada abg Jep Sepahtu dan sedikit sebanyak memberi info yang bermanfaat kepada Jeppers Jeppers semua . Ingat blog ini hanyalah medan untuk meluahkan perasaan minat BUKAN medan untuk berperang >_<

salam sayang Jeppers ,
cik arni amiera .

Saturday, May 3, 2014

(Gambar) Sekitar Lawak Siang Malam Warna 24 Jam !!

assalamualaikum Jeppers Jeppers semua ? ketemu lagi kita yer .. rancak pulak kali nie cik arni menaip yerrr ... hahah .. tapi kali nie cik arni tak naklah menaip banyak sangat sebab untuk entry nie cik arni nak share dekat korang koleksi gambar abg Jep semasa terlibat dalam Lawak Siang Malam Warna 24 Jam pada jumaat yang lepas ( 25 april 2014 ) .. cik arni tahu anda semua pasti bersekang mata jugak kan macam cik arni ? tak yah tipulah .... tak payah sembang panjang jomlah kita layan jer semua gambar nie yerrr !!





















ohsem kan semua gambar tue ,, hehe .. jangan anda cair sudah , memang cik arni tahu sekarang abg Jep semakin kacak dan bergaya , boleh dikatakan 360 darjah kot abg Jep punya penampilan berubah sekarang .. nampak sangat berbeza sekarang dari dulu .. dan apa yang pasti kini abg Jep ramai peminat terutamanya peminat wanita , tak gitu ? dan cik arni pun salah seorang daripada mereka ... ahaksss ! okay sampai disini sajalah entry cik arni untuk kali nie yerr .. ada jodoh kita berjumpa lagi untuk entry yang akan datang .. anda tunggu lah yerrr .... xoxo :) 
* credit untuk semua gambar di atas cik arni ambil dari facebook JEP SEPAHTU KOLEKSI .. 

Salam Sayang Jeppers ,
Cik arni amiera .

Wednesday, April 30, 2014

Jelajah Komedi Sinar di Bukit Jalil (destinasi terakhir)

assalamualaikum semua ? anda sihat ? seperti yang kita semua sedia maklum mengenai Jelajah Komedi Sinar telahpun berakhir di destinasi terakhir mereka pada jumaat yang lepas iaitu bersamaan dengan penutupan Lawak Siang Malam Warna , memang happening tue , biarpun mereka semua mengantuk ya amat tapi mereka tetap bersemagat untuk menghiburkan kita semua . memang Respek ! tak gitu ?
untuk entry kali nie , cik arni tak nak celoteh panjang panjang takut nanti anda bosan pulak dok baca karangan cik arni yang mencarut carut nie , kalau gitu mai lah kita layan gambar gambar yang cik arni ' rembat ' di internet you allzz !
















gempak tak ? cik arni rasa ramai kot yang tengok masa jelajah nie , sebab masa Jelajah komedi sinar di bukit jalil nie astro ada buat siaran langsung so untuk mereka yang tak dapat pergi termasuklah cik arni sendiri tue cuma dapat tengok depan tv jelah .. huhuhuh ..... nangis jap sebab tak dapat nak tengok dengan depan mata sendiri .. tapi its okay kau ! haha .. mungkin belum rezeki cik arni lagi nak nengok si abg Jep nie depan mata sendiri , lagipun cik arni nie jauh dari seberang kalau nak mai dekat sana jauh tue .... baiklah semua Jeppers sekalian , izikan cik arni mengundur diri dahulu , Insyaallah kita berjumpa lagi di entry cik arni yang lain okayy .

salam sayang Jeppers ,
Cik arni amiera .