Isu pergaduhan di antara Jep Sepahtu dan Shahrol Shiro sudah ‘sejuk’ tetapi baru sekarang puncanya didedahkan. Itupun bukan dari mulut Jep dan Shahrol, tetapi daripada mereka yang tahu dan menyaksikan kejadian sebenar.
Sha difahamkan, apa yang diperjelaskan Jep betul dan Shahrol adalah puncanya. Ketika Shiro menyertai program Raja Lawak, Jep banyak memperturunkan ilmu kepada Shahrol dan Ajak.
Jep menyuntik idea kepada pasangan itu sehingga mereka berjaya menjuarai pertandingan. Namun tidak sangka ketika mereka sama-sama menyertai program Maharaja Lawak Mega musim ketiga, Shahrol tergamak ‘makan’ guru.
Shahrol banyak menggunakan idea Jep di pentas pertandingan, walhal Jep sudah maklumkan dia akan bawa idea dan konsep itu dalam persembahannya.
Shahrol banyak menggunakan idea Jep di pentas pertandingan, walhal Jep sudah maklumkan dia akan bawa idea dan konsep itu dalam persembahannya.
Ketika sesi raptai, lain yang diketengahkan Shahrol tetapi dalam pertandingan sebenar tiba-tiba dia menggunakan idea dan karakter yang Jep mahu persembahkan.Perkara ini berlaku beberapa kali sehingga Jep mati kutu apabila perlu cari idea baru pada saat akhir. Siapa tidak menggelabah bila kena tukar jalan cerita dan konsep persembahan, sedangkan giliran mengadakan persembahan makin hampir. Tidak hairan mengapa pertengahan program itu prestasi persembahan Sepahtu menurun.
Tahap kesabaran manusia ada batasnya, apabila perasaan marah tidak dapat dibendung lagi, berlaku perang mulut. Memang wajar Jep naik hantu apabila ideanya dicilok orang.
Ramai rakan pelawak lain tahu perkara itu tetapi memilih untuk tidak campur tangan. Biarpun ditikam dari belakang, Sepahtu tetap berjaya membawa pulang trofi juara.
salam sayang Jeppers ,
Cik Arni Amiera .
No comments:
Post a Comment