Suara Jep Sepahtu

Monday, May 19, 2014

Jep Sepahtu sana sini ..

Assalamualaikum anda semua ... entri yang sebelum sebelum nie ... kebanyakkan nya berkisah mengenai aktiviti abg Jep sekarang dan kalau kita lihat sekarang abg Jep semakin busy ... sampai tak de masa nak update dia punya instagram kan .... alahaiii ... untuk entri kali nie , cik arni cuma ingin mengigatkan kepada anda semua mengenai aktiviti aktiviti yang melibatkan abg Jep kita pada bulan ini ...

1 : Malam Kemuncak ABPBH
so korang semua jangan lupa set tarikh dan time korang yerr .. malam kemuncak abpbh nie akan diadakan pada 24 Mei 2014 , berlangsung di PICC Putrajaya dan akan bersiaran langsung di TV3 pada pukul 09:00  malam , kepada yang tak dapat pergi tue jangan lupa untuk nengok abg Jep kita di TV3 lah yerrr !! 

2 : Karoot Komedia x
untuk makluman anda sesi rakaman untuk Karoot Komedia x siri 3 telah pun berakhir dan akan mula disiarkan di astro warna pada bulan mei ini ,, jadi kepada yang tak dapat nak tengok semasa sesi  rakaman tempoh hari tue .. anda bolehlah tengok dekat tv pada masa terdekat yang akan datang nie lah yerr !! can't wait !!

3 : Sambutan Hari Lahir Jep Sepahtu Meriah 
Cik arni rasa anda semua pun tahu kan mengenai birthday bash party yang diadakan oleh sepahturios nie kan .. memang gempaklah biarpun hanya berlatarkan di tempat letak kereta tetapi sememangnya kemeriahan sambutan Hari Lahir abg Jep dapat dirasai .. dan sambutan hari lahir abg Jep dibuat selepas sahaja tamat sesi rakaman karoot komedia x . 

4 : Perang Dingin Jep Sepahtu & Shahrol Shiro
seperti semua yang sedia maklum punca kemelut perang dingin antara abg Jep dan Shahrol Shiro mula didedahkan kepada umum baru baru ini melalui surat khabar Metro , selepas sahaja isu ini mulai sejuk tetapi isu itu mulai kembali hangat apabila punca sebenar perang dingin antara mereka mula didedahkan kepada umum .. kepada yang ingin mengetahui kisah itu dengan lebih lanjut ada boleh klik disini ... cik arni harap agar abg Jep dan abg Shahrol dapat kembali akrab seperti dulu .. saya sayang mereka berdua ..

5 : Jep Sepahtu : Macam ada Komplot !
seperti yang anda tahu sekarang nama abg Jep semakin banyak ' tercemar ' dengan gosip dan juga kontroversi kontroversi yang mungkin ada kalanya tidak masuk dek akal contohnya mengenai dakwaan sebuah portal hiburan baru baru ini yang mendakwa abg Jep Sepahtu maki peminat dan kontroversi tersebut sangat sangat mencemar nama baik abg Jep sebagai seorang pelawak yang sangat cukup dikenali sebagai seorang yang sangat menghormati peminat peminat nya .. dan abg Jep sepahtu sendiri telah menyuarakan luahan hatinya mengenai gosip gosip yang menimpanya sejak kebelakangan ini .. anda boleh klik disini untuk mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut ... diharap semoga abg Jep tabah menghadapi segala ujian daripada allah .. kami sayang anda !

okay ... sampai disini sajalah tulisan cik arni untuk entri kali nie , seandainya cik arni tersilap harap dapat diperbetulkan dan niat cik arni hanyalah untuk berkongsi maklumat cik arni yang tak seberapa ini ... dan sungguh niat cik arni bukanlah untuk mengaibkan dan memburukkan nama sesiapa ..

salam sayang Jeppers ,
Cik arni amiera .

No comments:

Post a Comment