Suara Jep Sepahtu

Tuesday, April 8, 2014

Jelajah Komedi Sinar

assalamualaikum Jeppers Jeppers sekalian ?
kali nie cik arni share dekat korang pasal Jelajah Komedi Sinar .... Pasti anda semua tahukan pasal jelajah tue ? bohonglah kalau ada yang kata tak tahu .... jom kita baca butiran lanjut mengenai Jelajah Komedi Sinar ...

Jom sertai Jelajah Komedi SINAR bersama Kawan Paratha dan lihat gelagat menarik penyampai dan lihat gelagat menarik penyampai kesayangan anda di lokasi terpilih
Dapatkan sepasang pas VIP dan peluang untuk beramah mesra bersama pelawak Jelajah Komedi SINAR fm di sana
Bermula 7 April ini , jadilah pemanggil pertama selepas isyarat memanggil ke udara dan jawap soalan berkaitan dengan SINAR fm atau Kawan Paratha 
ATAU tunjukka bukti resit pembelian 3 paket produk Kawan Paratha untuk mendapatkan pas tersebut .


apa macam ? excited tak ? mana tidak nya inilah peluang keemasan untuk peminat peminat abang Jep sepahtu , dan inilah masanya untuk beramah mesra dan bertemu secara LIVE dengan abang Jep kan? Tak gitu , malahan Jelajah Lawak Sinar juga turut membawa artis komedi yang lain seperti SHIRO , JAMBU , BOCEY dan SYJ !! Bertambah excited kan ?

 Untuk makluman pembaca blogku tersayang , untuk tempat Jelajah Komedi SINAR yang pertama ialah bertempat di :
TEMPAT : VILLAGE MALL , SUNGAI PETANI , KEDAH .
ARTIS : JEP SEPAHTU , SHIRO , JAMBU DAN SY
TARIKH : 12 APRIL 2014
MASA : 12 - 4 PETANG
kepada orang utara jangan lupa naa untuk mai pi jumpa abang Jep dan rakan rakan artis yang lain , pasti anda akan pecah perut dengan gelagat mereka ! MAI CHE MAI CHE MAI KITA PAKAT MAI KE NEGERI KEDAH , MARI RAMAI RAMAI KITA KE NEGERI KEDAH .......

Kepada orang Kedah jangan lepaskan peluang ini , sesungguhnya anda sangat bertuah .cik arni berharap sangat mereka akan mai pulak ke negeri cik arni , SARAWAK BUMI KENYALANG !! ( cik arni akan sentiasa menanti kedatangan mereka )

salam sayang Jeppers ,
Cik arni amiera .

No comments:

Post a Comment