Suara Jep Sepahtu

Tuesday, April 8, 2014

Selamat Hari Lahir Jep Sepahtu :)

assalamualaikum Jepper Jeppers sekalian ?

ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN MUHD NADZRI ZAINAL ABIDIN
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU

haiiii semua ? hari nie 09 April 2014 !!! sangat bohonglah kalau yang tak tahu hari ini hari apa ... alahhhhhh ... matilah nakkk ! kalau anda betul betul tak tahu atau ada yang buat tak tahu !! heheh .. tengok tajuk dah tahu kan ? tak gitu ? alahhh .. hari nie hari lahir hero kitalah :)
yeayyyyy !!! happy birthday abang :) 

dear abang Muhd Nadzri aka Jep Sepahtu ,
Terlebih dahulu saya ingin panjatkan rasa syukur kepada allah kerana mempertemukan saya dengan abang , biarpun saya tak pernah berjumpa apalagi mengenali abang seperti sahabat sahabat dan peminat peminat abang yang lain kenal abang tetapi saya tetap bersyukur kerana dipertemukan dengan abang ( berharap satu hari nanti dapat bertemu dengan abang ) dan menjadi sebahagiaan daripada peminat abang yang Luar Biasa , kepada peminat peminat abang yang lain , saya sangat bertuah kerana dapat mengenali anda semua dan sesungguhnya andalah peminat yang sangat luar biasa pernah saya kenali . kepada kak azura pemilik blog Hanya Dia...Muhd Nadzri @ Jep Sepahtu , saya sangat berterima kasih kepada anda , kerana melalui blog andalah yang membuatkan saya semakin mengenali abang Jep Sepahtu . 

Sesungguhnya , saya tidak pernah menyangka sesuatu yang bermula dari sebuah mimpi mampu membawa saya sampai ke sini , mempunyai blog sendiri dan mengenali dunia Jeppers , saya bangga menjadi Jeppers ! biarpun saling tidak mengenali tetapi melalui "JEPPERs" kami bersatu dan berganding bahu menyokong abang .

Kepada abang Jep Sepahtu ,
Selamat Hari Lahir , semoga segala urusan dunia dan akhirat anda dipermudahkan , semoga anda diberi umur yang panjang agar anda terus dapat memberi hiburan kepada kami , melalui lawak anda , saya mampu melupakan masalah dan tekanan yang saya hadapi . Tidak dilupakan juga semoga anda terus berjaya dalam dunia seni dan yang paling penting semoga anda dipertemukan jodoh pada tahun ini juga , hehe ..tak sabar nak tengok anak abang sendiri , selalu sangat dah bawak anak orang ! kali nie abang bawak lah anak abang sendiri pulak lah yerrr ... abang tak yah lah nak risau sangat dengan peminat abang , cayalah ... walau apa pun status abang dulu dan kini , kami Jeppers akan tetap setia berada di belakang , tepi , depan , tenggah dan atas . kami akan tetap menyokong abang . teruskanlah sikap abang yang sentiasa merendah diri dan seorang yang humble sesungguhnya sikap abang itulah yang menjadikan abang seorang yang LUAR BIASA sekarang  , semoga abang terus sukses dalam dunia seni bersama sahabat abang , Shuib Sepahtu. amin ... 

sekian ,
yang benar ,
salam sayang Jeppers , Nur Ain Zamaludin :)
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 29 JEP SEPAHTU ,
semoga besar nanti menjadi orang yang berguna dan sentiasa membahagiakan mak bapak :)
sayang abang .....

salam sayang Jeppers ,
Cik arni amiera .

No comments:

Post a Comment